Selasa, Februari 01, 2011
Ahad, Januari 10, 2010
Adakah anda perlu Wasiat?
Ramai yang tidak mengetahui pentingnya menulis wasiat. Wasiat merupakan dokumen penting apabila seseorang itu meninggal dunia . Ini kerana semua aset tetap & tunai dengan sendirinya terbeku. Di mana ia tidak boleh dicairkan ke dalam bentuk wang tunai . Semua aset adalah di atas nama si mati. Justeru itu boleh dikatakan RM40 billion aset orang melayu kepunyaan orang mati. Adakah anda hendak menambahkan harta kepunyaan orang mati....Yuran yang rendah seumur hidup termasuk;
1. Dokumen wasi.
2. Harta sepencarian
3. 1/3 kepada badan kebajikan/masjid/rumah anak yatim dsb.
Untuk maklumat lanjut hubungi : 013-7556776
Ahad, Januari 03, 2010
Cabaran Tahun 2010
Selamat tahun baru 2010...
Untuk pengetahuan sesiapa yang perlukan bantuan pelbagai urusan boleh hubungi terus kepada saya;
1. urusan wasiat, takaful, pelan simpanan persaraan, pelan simpanan pendidikan, pelaburan,
2. Takaful am kederaan dan perbaharui cukai jalan, takaful kebakaran dsb.
mdsulaiman1@gmail.com 013-7556776
Sabtu, Oktober 10, 2009
MY Open House
Untuk siang jamuan kepada rakan sekerja.
Ahad, September 20, 2009
Sabtu, September 19, 2009
Isnin, Jun 01, 2009
Sabtu, Februari 07, 2009
SpongeBob Tiba di Pasir Gudang
Sponge Bob tiba di Pasir Gudang , Memang tak percaya tapi itulah sebenarnya berlaku tahun 2006 lalu di pesta layang layang lalu.
Sebenarnya aku nak sampaikan maklumat Pesta Layang Layang Antarabangsa 2009 yang akan berlangsung dari 17~22 Februari 2009. Bawalah anak-anak anda beriadah di sana dan kenali pelbagai layang-layang dan wau dari seluruh dunia.
Ahad, Januari 11, 2009
Cendol & Mee Rebus
Al maklum dia dah buat bisnes mee rebus dekat air tawar 2 km sebelum sampai Felda Air tawar 2. Gerainya terletak di tengah-tengah perjalanan antara F. Air Tawar 3 -> F. Air Tawar 2 dalam ladang sawit tapi di tepi jalanlah ye!!. Selain singgah aku pun buat bisnes (BIZNET)
Kalau nak makan mee rebus sedap dekat Kota Tinggi jangan lupa singgah kat situ. Boleh juga pekena Cendol rakaniaganya. Kalau penat dalam perjalanan antara Pengerang ke Kota Tinggi singgah di situ. Memang ramai pelanggan berhenti di situ kerana terletak atas bukit dan udaranya pun nyaman.
Gambar tak dapat nak upload sebab hp takde cable.
Untuk maklumat lanjut tel 017-7262370 Hairul fadilah
Khamis, Januari 01, 2009
TAHUN 2009 TELAH TIBA
Tahun 2008 telah pergi , kini 2009 telah tiba apa azam anda @ tak payah nak pikir sebab sama dengan tahun baru awal muharram..
Azam tahun baru ini aku nak tambah pendapatan keluarga sebab kos meningkat tapi hasil tak meningkat.Masalah besar tu!!! Dan bantu member yang nak tambah pendapatan...
Salah satu projek aku adalah tanaman cendawan telah bermula cendawan@nusadamai . Minggu depan akan dapat beritahu hasilnya.Projek terbaru pembuatan baja cecair @ organik sasaran Februari 2009. Ianya pelbagai guna untuk ternakan, tanaman & pembersihan rumah@ kediaman.
Unit amanah kena maintain bisnes. Jiranku yang nak buat pelaburan unit amanah sila berhubung kerana harga di bawah paras sebenar.KWSP pun belum tentu akan beri 5% tahun ini sebab inflasi untuk 3 bulan sebelum ini menjangkau 7~8% sebulan. Maknanya harga naik tinggi.
Ahad, Disember 07, 2008
Musim Hari Raya Haji @ Korban

Kisah 1.
Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Untuk Hari Raya Korban ini banyaklah lembu, unta & kambing menjadi korban....
Kisah 2.

Semalam tragedi Bukit Antarabangsa berlaku, tanah runtuh melibatkan 14 banglo mewah.
Sebelum ini ada penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan sewajarnya sebelum peristiwa ini terjadi? Keduanya sejak peristiwa kondo Highlands Towers kawasan berbukit di Lembah Kelang adalah berisiko terutamanya berdekatan tadahan air, Adakah pemaju sahaja dipersalahkan Fikirkanlah.

Manakala 2000 orang penduduk diarahkan berpindah dari Bukit Antarabangsa kerana dikhuatiri ada tanah runtuh berlaku dalam masa terdekat.
Sejarah Tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Ahad, November 30, 2008
Cuti Sekolah & Berkhatan

Musim cuti sekolah hujung tahun adalah waktu yang sesuai untuk ibubapa menghantar anak lelaki mereka untuk dikhatankan. Memang tidak dinafikan bahawa ramai ibubapa berbuat demikian.
Apa itu khatan?
Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau “bersunat” merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.
Cerita mengenai khatan...
Khatan bagi lelaki, dengan nyata, dapat mengurangkan kemungkinan penjangkitan virus AIDS daripada perempuan kepada lelaki, menurut satu kajian baru iaitu dijalankan oleh para penyelidik berbangsa Perancis yang diumumkan pada hari Selasa (26.7.2005).
Kajian tersebut, yang dijalankan di Afrika Selatan, mendapati bahawa khatan mengurangkan risiko lelaki daripada mendapat AIDS dalam perhubungan jenis heteroseksual dengan kira-kira 65 peratus.
Demikian difahamkan daripada dua perenggan pertama laporan akhbar di sebelah.
Hasil kajian tersebut telah membuat sesetengah orang Islam rasa gembira dan menggunakannya pula untuk menundukkan kepercayaan orang-orang lain yang agama mereka tidak mensyariatkan amalan khatan ke atas lelaki.
Kajian adalah ke atas jangkitan HIV daripada perempuan kepada lelaki dalam perhubungan jenis heteroseksual. Dengan sedikit pengecualian, perempuan-perempuan yang dijangkiti HIV adalah mereka yang tidak menjaga maruah mereka atau yang terlibat dengan dadah.
untuk maklumat lanjut berkenaan khatan layari www.zaharuddin.net
www.mdsulaiman2.blogspot.com013-7556776
Isnin, November 17, 2008
Cuti Sekolah bermula!!!
Isnin, November 03, 2008
Hari Konvo Tabika Kemas
Siti Nur Hafizah terlibat dalam persembahan nasyid..
Isnin, Oktober 27, 2008
Semalam & Hari Ini
Biasalah balik kampung ada projek .Pagi lepas sarapan kena alihkan lembu itulah kebiasaan aku. Bapak mentua aku kata buah tak potong lagi. Jadi terpaksalah pergi potong buah , memang lepak gila bayangkan 1 bulan tak potong... dari sebelum raya puasa. Potong buah sawitlah, apa lagi. Aku potong buah dan bapak mentua tolak buah kat platform .Kena 1 hari juga baru siap biasanya setengah hari dah siap. Gigil badan aku dibuatnya tak cukup air dan pagi cuma sarapan roti canai sekeping aje.
Hari ini,
Pagi-pagi sibuk nak meracun kerana kebun lagi satu tak bersih dah semak. Semalam punya penat tak hilang lagi, tambah lagi hari ini.
Begitulah rutin harian aku bila balik kampung, 2 projek utama ini kena jalankan sebab langit tidak selalunya cerah. Kalau nak tambah pendapatan kena berkorban...
www.rezeki-allah.blogspot.com
Sabtu, Oktober 18, 2008
Bulan Raya!!

Bulan ini bulan beraya , memang nampak penat beraya ke sana ke mari . Rumah sanak sedara , kawan , bos dan macam-macam lagi...
So hari ini sya jugak tak ketinggalan nak buat open house. Jadi jam 8 malam ini 18.10.2008 kami sekeluarga adakan open house untuk kejiranan SENTOSA 18,19,20,21 & 22. Jangan lupa malam ni...Selamat datang...








