Ahad, Januari 11, 2009

Cendol & Mee Rebus

Hari ini aku pergi jemputan di Telok Sengat (rumah sedara) ... Sebelum tu sempat jugak jumpa kawan lama yang dah berhenti dari Epson ( Hairul Fadilah) kat Air Tawar.

Al maklum dia dah buat bisnes mee rebus dekat air tawar 2 km sebelum sampai Felda Air tawar 2. Gerainya terletak di tengah-tengah perjalanan antara F. Air Tawar 3 -> F. Air Tawar 2 dalam ladang sawit tapi di tepi jalanlah ye!!. Selain singgah aku pun buat bisnes (BIZNET)

Kalau nak makan mee rebus sedap dekat Kota Tinggi jangan lupa singgah kat situ. Boleh juga pekena Cendol rakaniaganya. Kalau penat dalam perjalanan antara Pengerang ke Kota Tinggi singgah di situ. Memang ramai pelanggan berhenti di situ kerana terletak atas bukit dan udaranya pun nyaman.

Gambar tak dapat nak upload sebab hp takde cable.

Untuk maklumat lanjut tel 017-7262370 Hairul fadilah

Tiada ulasan: