Ahad, Disember 07, 2008

Musim Hari Raya Haji @ Korban



Kisah 1.
Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Untuk Hari Raya Korban ini banyaklah lembu, unta & kambing menjadi korban....



Kisah 2.


Semalam tragedi Bukit Antarabangsa berlaku, tanah runtuh melibatkan 14 banglo mewah.
Sebelum ini ada penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan sewajarnya sebelum peristiwa ini terjadi? Keduanya sejak peristiwa kondo Highlands Towers kawasan berbukit di Lembah Kelang adalah berisiko terutamanya berdekatan tadahan air, Adakah pemaju sahaja dipersalahkan Fikirkanlah.



Manakala 2000 orang penduduk diarahkan berpindah dari Bukit Antarabangsa kerana dikhuatiri ada tanah runtuh berlaku dalam masa terdekat.

Sejarah Tanah runtuh Bukit Antarabangsa

Ahad, November 30, 2008

Cuti Sekolah & Berkhatan


Musim cuti sekolah hujung tahun adalah waktu yang sesuai untuk ibubapa menghantar anak lelaki mereka untuk dikhatankan. Memang tidak dinafikan bahawa ramai ibubapa berbuat demikian.

Apa itu khatan?
Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau “bersunat” merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Cerita mengenai khatan...

Khatan bagi lelaki, dengan nyata, dapat mengurangkan kemungkinan penjangkitan virus AIDS daripada perempuan kepada lelaki, menurut satu kajian baru iaitu dijalankan oleh para penyelidik berbangsa Perancis yang diumumkan pada hari Selasa (26.7.2005).

Kajian tersebut, yang dijalankan di Afrika Selatan, mendapati bahawa khatan mengurangkan risiko lelaki daripada mendapat AIDS dalam perhubungan jenis heteroseksual dengan kira-kira 65 peratus.

Demikian difahamkan daripada dua perenggan pertama laporan akhbar di sebelah.

Hasil kajian tersebut telah membuat sesetengah orang Islam rasa gembira dan menggunakannya pula untuk menundukkan kepercayaan orang-orang lain yang agama mereka tidak mensyariatkan amalan khatan ke atas lelaki.

Kajian adalah ke atas jangkitan HIV daripada perempuan kepada lelaki dalam perhubungan jenis heteroseksual. Dengan sedikit pengecualian, perempuan-perempuan yang dijangkiti HIV adalah mereka yang tidak menjaga maruah mereka atau yang terlibat dengan dadah.

untuk maklumat lanjut berkenaan khatan layari www.zaharuddin.net

www.mdsulaiman2.blogspot.com
013-7556776

Isnin, November 17, 2008

Cuti Sekolah bermula!!!


Cuti persekolahan telah bermula...

Kerja rumah yang diberi oleh cikgu jangan lupa disiapkan.


Kepada semua pelajar sekolah selamat bercuti dan jangan lupa baca buku..
Jangan amalkan "Tutup Sekolah Tutup Buku"

Isnin, November 03, 2008

Hari Konvo Tabika Kemas

Hari Ahad lalu 02 November 2008 di Taman Sri Lambak telah diadakan Majlis Konvo untuk Tabika Kemas bagi Parlimen Sembrong ... Ramai yang hadir al maklum satu parlimen ,lebih kurang 27 tabika terlibat majlis berkenaan.





Siti Nur Hafizah terlibat dalam persembahan nasyid..

Isnin, Oktober 27, 2008

Semalam & Hari Ini

Semalam,
Biasalah balik kampung ada projek .Pagi lepas sarapan kena alihkan lembu itulah kebiasaan aku. Bapak mentua aku kata buah tak potong lagi. Jadi terpaksalah pergi potong buah , memang lepak gila bayangkan 1 bulan tak potong... dari sebelum raya puasa. Potong buah sawitlah, apa lagi. Aku potong buah dan bapak mentua tolak buah kat platform .Kena 1 hari juga baru siap biasanya setengah hari dah siap. Gigil badan aku dibuatnya tak cukup air dan pagi cuma sarapan roti canai sekeping aje.

Hari ini,
Pagi-pagi sibuk nak meracun kerana kebun lagi satu tak bersih dah semak. Semalam punya penat tak hilang lagi, tambah lagi hari ini.

Begitulah rutin harian aku bila balik kampung, 2 projek utama ini kena jalankan sebab langit tidak selalunya cerah. Kalau nak tambah pendapatan kena berkorban...


www.rezeki-allah.blogspot.com

Sabtu, Oktober 18, 2008

Bulan Raya!!


Bulan ini bulan beraya , memang nampak penat beraya ke sana ke mari . Rumah sanak sedara , kawan , bos dan macam-macam lagi...

So hari ini sya jugak tak ketinggalan nak buat open house. Jadi jam 8 malam ini 18.10.2008 kami sekeluarga adakan open house untuk kejiranan SENTOSA 18,19,20,21 & 22. Jangan lupa malam ni...

Selamat datang...

Jumaat, Oktober 17, 2008

Assalam...

Laman blog ini baru dibangunkan...

Salam perkenalan kepada semua blogger.



Terima kasih kepada jiranku Cikgu Zam http://www.myblogzam.blogspot.com bagi online internet 24 hours...