Ahad, Disember 07, 2008

Musim Hari Raya Haji @ Korban



Kisah 1.
Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Untuk Hari Raya Korban ini banyaklah lembu, unta & kambing menjadi korban....



Kisah 2.


Semalam tragedi Bukit Antarabangsa berlaku, tanah runtuh melibatkan 14 banglo mewah.
Sebelum ini ada penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan sewajarnya sebelum peristiwa ini terjadi? Keduanya sejak peristiwa kondo Highlands Towers kawasan berbukit di Lembah Kelang adalah berisiko terutamanya berdekatan tadahan air, Adakah pemaju sahaja dipersalahkan Fikirkanlah.



Manakala 2000 orang penduduk diarahkan berpindah dari Bukit Antarabangsa kerana dikhuatiri ada tanah runtuh berlaku dalam masa terdekat.

Sejarah Tanah runtuh Bukit Antarabangsa